Amalan-Amalan Yang Baik sewaktu mengandung/Bersalin

Ketika seseorang wanita itu sedang hamil (mengandung),maka beberapa perkara penting hendaklah diberi perhatian sebagai langkah awal ke arah memperolehi anak yang soleh lagi sihat; perkara itu ialah seperti berikut :
1. Membanyakkan bertaubat kepada Allah atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan.
2. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat Isnin dan Khamis dan banyak melakukan ibadat.
3. Seseorang wanita yang hamil hendaklah sentiasa menutup aurat.
4. Banyakkan membaca al-Quran selain dari ayat-ayat yang disebutkan di bawah. Sebagaimana Imam Syafie semasa didalam kandungan ibunya.Ibunya sentiasa membaca surah Al-Fatihah dan Yaasin dan menyeru kandungannya supaya memahami apa yang dibacanya.
a. SURAH AL-FATIHAH
b. SURAH YAASIN
5. Banyak mengamalkan doa-doa dan baca surah-surah berikut:
a. SURAH AT-TAUBAH
b. SURAH YUSUF - agar mendapat anak yang soleh, sihat dan sempurna.
c. SURAH LUQMAN - untuk mendapat anak yang taat
d. SURAH AN-NAHL (Ayat 78) - untuk selusuh,mudah bersalin dengan izin Allah
e. SURAH MARYAM - untuk mendapat anak yang sabar lagi taat.
f. SURAH AL-A'ARAF (Ayat 189)
6. Membanyakkan membaca doa ini :


Petikan buku 'AMALAN-AMALAN SEMASA MENGANDUNG & PANDUAN MENYAMBUT CAHAYA MATA'.
Pengarang : Ustaz Haji Taib Azamuddin Md. Taib & Ustazah Ngah Puteh Abdul Shukor

Comments

Post a Comment

Popular Posts