Kisah Nabi SAW dengan Nu'aiman dan adab-adab Baginda dalam Bergurau Senda.
Nu'aiman adalah penduduk Madinah dari keturunan kaum Anshar. Pada waktu perang Badar, dia turut berjihad bersama Rasulullah SAW. Di kalangan para sahabat, Nu'aiman terkenal sebagai sahabat yang suka bergurau. sehingga Rasulullah SAW sendiri bersabda :
Nu'aiman memang selalu bergurau, sehingga membuat Rasulullah tertawa dan gembira. Antara kisah-kisah gurauannya adalah :
Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Nabi adalah orang yang murah senyum dan berhati bersih 3. Sebahagian sahabat mengatakan bahawa gelak ketawa Nabi hanya sekadar tersenyum, namun sebahagian yang lain mengisahkan bahawa kadang-kadang Baginda tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya. Namun yang jelas, ketika tertawa, Baginda selalu menutup mulutnya dengan telapak tangan 2
Baginda juga berpesan kepada para sahabat untuk sesekali merehatkan jiwa dan hati. Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Baginda bersabda : "Rehatkanlah hati kamu sesaat demi sesaat, kerana apabila hati telah tumpul (letih) maka ia akan buta". Pada waktu yang lain, baginda juga bersabda : "Orang yang tidak bergembira dan tidak membuat orang lain gembira, adalah orang yang tidak memiliki kebaikan".5
"Nu'aiman akan masuk syurga sambil tertawa, kerana dia suka membuat ku tertawa".
Pada suatu ketika Rasulullah SAW mengunjungi Nu'aiman yang sedang sakit mata. Rasul melihat ia sedang asyik makan kurma. Baginda kemudian mengajukan pertanyaan kepadanya : "Bolehkah kamu makan kurma, sedangkan matamu sedang sakit?" Nu'aiman menjawab : " Saya mkan menggunakan mata yang satu lagi". Mendengar jawapan Nu'aiman ini, Rasul tertawa sehingga kelihatan gigi gerahamnya.10Nu'aiman memang selalu bergurau, sehingga membuat Rasulullah tertawa dan gembira. Antara kisah-kisah gurauannya adalah :
- Pada suatu hari, Nu'aiman memberi madu kepada Rasulullah SAW sebagai hadiah. Madu itu dia beli daripada orang kampung. Ketika dia memberikan madu itu kepada Rasulullah, ia membawa bersamanya penjual madu tersebut. Tanpa pengetahuan Rasulullah, Nu'aiman menyuruh penjual tersebut meminta wang daripada Rasulullah sebagai ganti harga madu itu. Dan ketika Rasulullah SAW sedang membahagikan madu itu kepada para sahabat yang hadir di rumahnya, penjual tersebut berteriak : "Bayarlah harga maduku itu?" Kemudian Rasulullah berkata : "Ini pasti idea Nu'aiman". Kemudian Rasulullah memanggilnya dan bertanya : "Mengapa kamu lakukan hal ini?" Nu'aiman menjawab : "Saya ingin mendapatkan kebaikanmu wahai Rasulullah SAW. Saya tidak mempunyai apa-apa". Rasulullah pun tersenyum dan akhirnya ia memberi wang kepada penjual tersebut. 11
- Ada seorang lelaki datang dari kampung terus ingin menghadap Rasulullah SAW (kemudian masuk ke dalam masjid). Dia meninggalkan unta haiwan tunggangnya di halaman. Ada sebahagian sahabat yang berkata kepada Nu'aiman : "Sembelihlah haiwan itu kemudian kita makan dagingnya bersama-sama. Kami ingin sangat makan daging ketika ini. Nanti wang ganti ruginya biar Rasulullah yang membayarnya." Nu'aiman menyetujui permintaan sahabat itu dan akhirnya dia menyembelih haiwan tersebut. Ketika orang kampung itu keluar dari masjid, dia terkejut dan menjerit kerana haiwan tunggangannya mati. Rasulullah pun keluar rumah dan bertanya : "Siapa yang melakukan hal ini?
Para sahabat menjawab : " Nu'aiman, wahai Rasul". Kemudian Rasulullah mencari Nu'aiman dan menjumpainya sedang bersembunyi di balik daun kurma di dalam parit tidak jauh dari rumah Duba'ah bin al-Zubair bin 'Abd al-Muttalib. Rasulullah dapat menemui kerana ada seorang yang memberitahu tempat persembunyian Nu'aiman. Kemudian Rasulullah menyuruhnya keluar, dan melihat wajah Nu'aiman penuh dengan debu. Rasulullah bertanya kepadanya : " Mengapa kamu melakukan hal ini?" Nu'aiman menjawab : "Orang-orang yang menunjukan tempat aku bersembunyilah yang menyuruhku melakukan hal ini wahai Rasulullah". Setelah mendengar jawapan itu, Rasulullah membuang debu yang ada di wajah Nu'aiman dengan senyuman, kemudian Baginda mengganti harga unta yang telah disembelih itu. 12
Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Nabi adalah orang yang murah senyum dan berhati bersih 3. Sebahagian sahabat mengatakan bahawa gelak ketawa Nabi hanya sekadar tersenyum, namun sebahagian yang lain mengisahkan bahawa kadang-kadang Baginda tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya. Namun yang jelas, ketika tertawa, Baginda selalu menutup mulutnya dengan telapak tangan 2
Baginda juga berpesan kepada para sahabat untuk sesekali merehatkan jiwa dan hati. Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Baginda bersabda : "Rehatkanlah hati kamu sesaat demi sesaat, kerana apabila hati telah tumpul (letih) maka ia akan buta". Pada waktu yang lain, baginda juga bersabda : "Orang yang tidak bergembira dan tidak membuat orang lain gembira, adalah orang yang tidak memiliki kebaikan".5
Rasulullah SAW adalah orang yang suka bersenda gurau dengan anak kecil. Apabila berada di rumah, Baginda adalah orang yang paling riang dibandingkan dengan orang-orang serumah Baginda. Kadang-kadang Baginda melontarkan senda gurau ringan yang memikat, namun tetap dalam batas-batas yang wajar dan tidak mengandungi unsur pembohongan. Senda gurau Baginda kebanyakan berupa kiasan dan permainan kata-kata. baginda bersabda : " Saya memang bersenda gurau, tetapi apa yang saya katakan adalah kebenaran".6 Pada suatu hari dengan maksud bergurau, Rasulullah SAW memanggil Anas RA dengan kalimat : " Wahai orang yang punya dua telinga!" Ungkapan Rasul ini memang benar, kerana yang Baginda maksud adalah memang dua telinga yang dimiliki oleh Anas RA. Namun maksud utama Baginda adalah memuji kecerdasan sahabat Anas RA kerana kedua telinganya selalu digunakan sebagaimana sepatutnya.
Bersikap lapang dada, ceria, gembira dan bersenda gurau yang sering Baginda perlihatkan, sama sekali tidak menyebabkan kehormatannya berkurang, bahkan sebaliknya, karisma dan keagungan Baginda semakin bertambah dan semakin banyak orang yang mencintainya dan menghormatinya. Sayyidina Ali KW pernah berkata : " Sesiapa yang baru kenal dengan Rasulullah, maka dia akan merasa takut. namun semakin banyak dan lama orang mengenalinya maka semakin besar kecintaan yang tumbuh di hati". Sahabat yang lain berkata :"Dahulu, sekarang dan yang akan datang, tiada seorang pun yang dapat menandingi Baginda".16
2 Ihya' Ulum al-Din (2/325)
3 Kanz al-'Ummul (4/27)
5 Nihayah al-Irb, (4/1).
6 Ibid, (4/2)
10 Al-'Aqd al-Farid, (6/381)
11 Al-Isti'ab, (Hal. 1529)
12 Ibid, (hal 1528) dan al-Sirah al-Halabiyyah, (2/375)
16 Ibid, (2/337)
Petikan buku "Akhlak Rasulullah SAW Menurut Al-Bukhari & Muslim" ms.75-86
Comments
Post a Comment