Amalan Semasa Mengandung dan Panduan Menyambut Cahaya Mata


Tajuk : Amalan Semasa Mengandung dan Panduan Menyambut Cahaya Mata
Penulis :Ustaz Hj Taib Azamuddin Md Taib & Ustazah Ngah Puteh Abdul Shukor
ISBN : 983-9619-047
M/S : 129 m.s
Harga : RM 8.00
Keterangan Buku :
Buku ini disediakan bagi memenuhi keperluan sebahagian besar generasi Islam yang ingin menempuh gerbang perkahwinan dan 'Alam Rumahtangga', sebagai pelengkap kepada persediaan dan persiapan mereka, disamping untuk masyarakat pembaca yang lainnya sebagai maklumat dan pengetahuan tambahan.
Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, bukan sahaja bertanggungjawab terhadap kesihatan lahiriah kandungannya sahaja, malah ibu juga berperanan ke arah kesejahteraan dan kesucian rohiyah anak yang bakal lahir, agar dengan itu kita akan memperolehi bayi yang sihat tubuh badan dan juga sihat rohiyah. Kedua-dua yang sihat inilah yang mempercepatkan terhasilnya tujuan sebagai 'Anak Yang Soleh'. Dalam Islam, ikhtiar dan usaha harus dilakukan sendiri oleh si ibu semasa anak masih dalam kandungan, dengan dibantu oleh sikap dan kerjasama si bapa. Buku ini cuba menyingkapkan ikhtiar dan usaha tersebut sebagai membantu para muslimin sekalian.

Comments

Popular Posts