Petunjuk Mudah Ilmu Nahu
Penulis : Al-Imam Abu Abdullah bin Muhammad bin Daud Al-Sanhaajiy (672H-723H)
ISBN : 967-5407-321
M/S : 168 m.s
Harga : RM 16.00
Keterangan Buku :Buku Lain Oleh Penulis
Ilmu nahu ialah ilmu tatabahasa arab untuk mengetahui keadaan perkataan bahasa Arab dalam stuktur ayat dari segi hukum i;rad dan bina perkataan tersebut.
Ilmunahu telah diperkenalkan dan disusun oleh Abu al-Aswad al-Dualiy dengan arahan Saidina Ali bin Abi Talib r. pertengahan kurun ke 2 Hijrah. Kemunculan ilmu nahu adalah kesan daripada pembukaan wilayah Islam dengan meluas, maka orang-orang Arab telah bercampur gaul dengan masyarakat luar yang bukan arab. Hasil daripada percampuran tersebut terjadilah kesalahan tatabahasa dalam pertuturan bahasa Arab. Penguasaan perubahan baris akhir perkataan yang merupakan keistimewaan bahasa Arab semakin lemah. Para ulama merasa bimbang melihat pencemaran bahasa yang ketara di kalangan masyarakat, lebih membimbangkan lagi jika pencemaran ini menyerap sehingga ke dalam al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW.
Faedah mempelajari ilmu nahu dapat memperbetulkan pertuturan atau ucapan dalam bahasa Arab daripada berlaku kesilapan. Ilmu nahu sangat besar peranannya dalam memahami al-Quran dan Hadith yang merupakan sumber rujukan hukum perundangan Islam dengan makna kefahaman yang tepat. Ilmu nahu juga dapat membantu penyelesaian masalah dalam memahami maksud yang kesamaran dalam bahasa Arab.
Pandai Menyimpan Rahsia Antara Faktor-Faktor Kejayaan Penaklukan Mekah oleh kaum Muslimin pimpinan Rasulullah SAW
Ketika itu Abu Bakar As-Siddiq r.a melihat puterinya, Aisyah r.a sedang berkemas-kemas menyediakan persiapan yang hendak dibawa oleh Rasulullah SAW. Ia bertanya :"Anakku,apakah Rasulullah SAW menyuruhmu menyediakan semuanya itu?."Puterinya menjawab : Ya,ayah pun hendaknya bersiap-siap."Tahukah engkau ke mana baginda pergi?"'tanya Abu Bakar. Siti Aisyah menjawab: "Demi Allah,aku tidak tahu."

2. Setelah hampir waktu untuk berangkat ke Mekah,barulah Rasulullah SAW memberitahu para sahabatnya,bahawa baginda hendak berangkat ke Mekah membawa pasukannya.Pada waktu itu juga baginda menghantar anggota perisik untuk memastikan berita tentang keberangkatannya ke Mekah itu diketahui oleh kaum Musyrikin Quraisy.
3. Di tengah perisapan berangkat ke Mekah itu,Hathib bin Abi Baltha'ah telah mengirim surat melalui seorang perempuan kepada keluarganya di Mekah memberitahu rancangan serangan kaum Muslimin ke kota itu.Perbuatan Hathib itu diketahui oleh Rasulullah SAW.Baginda serta merta menyuruh Ali bin Abi Thalib r.a supaya mengejar perempuan tersebut dan merampas surat yang dibawanya untuk diserahkan kepada baginda.Setelah baginda mengetahui isi surat itu,baginda memanggil Hathib dan ditanya tujuan sebenarnya pengiriman surat tersebut.Setelah dilakukan pemeriksaan rapi terbukti perbuatan Hathib itu semata-mata didorongkan oleh kelemahan peribadinya (berbagai sumber riwayat menjelaskan bahawa Hathib bin Balta'ah meninggalkan anak isteri di Mekah tanpa mempunyai kerabat yang melindungi keselamatannya.Ia khuatir jika serbuan ke Mekah akan mendatangkan akibat buruk bagi keluargannya).Oleh itu baginda melarang Umar Ibnu Khattab dari bertindak keras terhadapnya,memandangkan jasa-jasanya pada masa lalu (Hathib bin Balta'ah adalah seorang ahlul-Badar,iaitu salah seorang sahabat Nabi SAW yang diketahui turut serta dalam perang Badar melawan kaum musyrikin Quraisy.Sebagaimana yang diketahui oleh para ahlul-Badar mendapat perhargaan khusus dari Rasulullah SAW).
Demikianlah tingginya kewaspadaan dan perancangan Rasulullah SAW serta begitu ketat baginda menjaga rahsia. Begitu juga dengan perhatian yang diberi pada sahabat mengenai peristiwa itu hingga Umar r.a sendiri berniat memancung kepala Hathib kerana dituduh membocor rahsia umat.4. Ketika itu kaum Musyrikin Mekah memang sudah menduga,bahawa lambat atau cepat kaum Muslimin pasti menyerang Mekah,tetapi mereka tidak tahu waktu dan cara penyerangan itu akan dilakukan.Sehingga ketika keberangkatan pasukan Muslimin dari Madinah,kaum Musyirikin Quraisy di Mekah masih belum mengetahui waktu penyerangan itu akan dilakukan.Semuanya berkat kesungguhan kaum Muslimin yang sangat berhati-hati menjaga rahsia.
Kurniaan Khusus
Hudzaifah bin al-Yaman seorang yang menerima penganugerahan khsusu dari Allah SWT berupa keperibadian yang tinggi dan kesanggupan mengambil keputusan yang tepat dan cepat.Sebab itulah ia menjadi seorang yang dipercayai (setiausaha) Rasulullah SAW semasa hidupnya.Ia tidak pernah membocorkan rahsia kepada sesiapa pun dan dia juga merupakan salah seorang yang dipercayai.
Hudzaifah dan kaum Muslimin lainnya yang mendapat kurniaan Allah menganggap tugas menjaga rahsia sebagai kewajipan agama.Seperti yang diketahui,dalam sebuah hadis Rasulullah SAW menyatakan:
Mereka melaksanakannya dengan sebenarnya seperti mana yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW:
Dalam hadis yang lain baginda SAW juga telah menegaskan :
Imam Ali bin Ali Thalib r.a juga menyatakan :
Umar bin Abdul Azizi r.a mengatakan :
Petikan buku 'Ciri-Ciri Masyarakat Islam'.
Pengarang : Ustaz Haji Taib Azamuddin Md. Taib & Ustazah Ngah Puteh Abdul Shukor
Muqaddam Rasm Uthmani Bertajwid dan Disertai Makna Jilid 2 (Jawi)
Tajuk : Muqaddam Rasm Uthmani Bertajwid dan Disertai Makna Jilid 2 (Jawi)
Penulis : Ustaz Mahadi bin Dahlan & Ustaz Azharuddin Sahil
ISBN : 983-3404-742
M/S : 122 m.s
Harga : RM 12.00
Keterangan Buku :
Muqaddam ini disusun oleh seorang guru al-Quran yang terkenal yang mendapat pendidikan di luar negeri (Mesir) serta berpengalaman luas dalam bidang berkenaan . Beliau ialah Ustaz Mahadi Dahlan. Susunan muqaddam ini diolah berasaskan pengalaman beliau mengajar harian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), masjid-masjid, surau-surau, pejabat-pejabat kerajaan dan orang perseorangan serta melalui teknik terbaru dan terkini. Muqaddam ini disusun untuk memenuhi keperluan semasa iaitu mereka yang baru mempelajari al-Quran serta menyahut seruan kerajaan dalam usaha menjadikan Kaedah Rasm Uthmani sebagai kaedah utama bagi menggantikan Kaedah Rasm Imlai yang telah lama digunakan. Muqaddam ini tampil dengan beberapa pendekatan baru untuk memudahkan pembaca antaranya :
- Makna dan terjemahan ayat tidak terlalu panjang,tidak terikat dengan satu ayat,tetapi beberapa kalimah pada sesuatu baris ayat. Potongan-potongan ayat ini memudahkan untuk difahami makna ayat tersebut dan mudah untuk mewaqafkan ayat serta menghafalnya.
- Setiap kalimah pada ayat tersebut diselitkan hukum tajwid dalam bentuk nombor selengkap 47 kod untuk membantu pembaca mengesan hukum tajwid. Dengan ini pembaca tidak akan mengulangi kesalahan ketika membaca Al-Quran.
- Ayat-ayat diterjemahkan menurut pemahaman dan pengertian bahasa Melayu yang mudah dan senang difahami.
- Hukum-hukum ditulis dengan jelas dan besar hingga mudah dibaca dan terhindar daripada kesalahan ketika membaca.
- Terjemahan ini dimuatkan dalam 2 jilid. Mudah untuk dibawa dan terasa ringan di minda.
- Boleh dibeli jilid demi jilid atau 1 set 2 jilid.
Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 1
Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 2
Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 3
Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 4
Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 5
Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 6
Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 7
Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 8
Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 9
Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 10
Muqaddam Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 1 (Rumi)
Muqaddam Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 1 (Jawi)
Muqaddam Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 2 (Jawi)
Tajwid Ilmi dan Amali (Rumi)
Tajwid Ilmi dan Amali (Jawi)
Tajwid Ilmi & Amali (Jawi)
Tajuk : Tajwid Ilmi & Amali (Jawi)
Penulis : Ustaz Mahadi bin Dahlan Al Hafiz
ISBN : 983-3404-375
M/S : 151 m.s
Harga : RM 9.00
Keterangan Buku :
Buku ini sangat sesuai dijadikan buku teks, bukan sahaja untuk murid dan pelajar sekolah, bahkan boleh membantu peringkat dewasa. Buku ini terbahagi kepada 2 bahagian : iaitu bahagian pertama menerangkan tentang pelajaran tajwid secara ilmi dan bahagian kedua menerangkan tajwid secara praktikal iaitu mengeluarkan hukum tajwid yang terdapat dalam surah-surah al-Quran.
Buku Lain Oleh Penulis
Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 1
Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 2
Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 3
Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 4
Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 5
Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 6
Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 7
Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 8
Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 9
Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 10
Muqaddam Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 1 (Rumi)
Muqaddam Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 2 (Rumi)
Muqaddam Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 1 (Jawi)
Muqaddam Rasm Uthmani Bertajwid & Disertai Makna Jilid 2 (Jawi)
Tajwid Ilmi dan Amali (Rumi)
Amalan-Amalan Yang Baik sewaktu mengandung/Bersalin
1. Membanyakkan bertaubat kepada Allah atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan.
2. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat Isnin dan Khamis dan banyak melakukan ibadat.
3. Seseorang wanita yang hamil hendaklah sentiasa menutup aurat.
4. Banyakkan membaca al-Quran selain dari ayat-ayat yang disebutkan di bawah. Sebagaimana Imam Syafie semasa didalam kandungan ibunya.Ibunya sentiasa membaca surah Al-Fatihah dan Yaasin dan menyeru kandungannya supaya memahami apa yang dibacanya.
a. SURAH AL-FATIHAH
b. SURAH YAASIN
5. Banyak mengamalkan doa-doa dan baca surah-surah berikut:
a. SURAH AT-TAUBAH
b. SURAH YUSUF - agar mendapat anak yang soleh, sihat dan sempurna.
c. SURAH LUQMAN - untuk mendapat anak yang taat
d. SURAH AN-NAHL (Ayat 78) - untuk selusuh,mudah bersalin dengan izin Allah
e. SURAH MARYAM - untuk mendapat anak yang sabar lagi taat.
f. SURAH AL-A'ARAF (Ayat 189)
6. Membanyakkan membaca doa ini :

Petikan buku 'AMALAN-AMALAN SEMASA MENGANDUNG & PANDUAN MENYAMBUT CAHAYA MATA'.
Pengarang : Ustaz Haji Taib Azamuddin Md. Taib & Ustazah Ngah Puteh Abdul Shukor
Bahasa Arab Untuk Anak-Anak Kita (1 set)

Tajuk : Bahasa Arab Untuk Anak-Anak Kita Beserta CD
Penulis : Wan Rusli Wan Ahmad /SHM Yusuf / T.Putri Maisarah
ISBN : 978-967-5407-130
M/S : m.s
Harga : RM 59.00 (1 set)
Ini adalah siri pertama Siri Belajar Bahasa Arab Untuk Yang Tidak Minat Bahasa Arab. Buku ini disusun khas bagi mengajar kosakata (vocabulary) Bahasa Arab secara santai dan bersahaja. Ia mengandungi 150 mukasurat tidak termasuk helaian yang mengandungi lebih 40 lukiran kartun bagi menyokong teks. Buku ini juga mengandungi lebih 100 buah lawak jenaka Arab yang disesuaikan bahasanya untuk pembelajaran bahasa Arab bagi peringkat permulaan.
Pembaca diberi panduan penuh dalam menggunakan buku ini dari muka pertama sehingga muka terakhir. Cara sebutan satu-satu perkataan dan keterangan ringkas struktur nahu juga diberikan tanpa membebankan pembaca. Pembaca juga dibekalkan dengan CD suara perbualan yang berlaku beserta dengan kesan bunyi khas.
Setelah menamatkan buku ini, pembaca akan dapat menguasai lebih kurang 800 perkataan tidak termasuk yang berulang. Semua perkataan yang tersebut dianggap perkataan asas bahasa Arab. Anda pasti akan tersenyum sendirian atau ketawa terbahak-bahak membaca setiap jenaka yang dipaparkan sebagai teks. Bagi memastikan anda memahami apa yang anda baca, desediakan juga ujian memahami teks. Tanpa disedari anda sebenarnya mempelajari banyak perkara tentang bahasa Arab ini.
Contoh 1
Macam mana nak guna buku ini?
Pusingan pertama :
a. Hafal 5 patah perkataan berwarna dari setiap jenaka.
b. Abaikan perkataan tidak berwarna.
c. 500 jumlah kosa kata yang anda akan perolehi jika proses ini dilakukan hingga ke akhir.
Pusingan Kedua :
a. Mengingati Pelajaran yang tidak diwarnakan setelah khatam pusingan pertama
b. Gariskan perkataan yang anda tidak tahu, rujuk dari terjemahan teks atau kamus mini di halaman akhir buku.
a. Semasa mengingati satu-satu perkataan, bayangkan suasana jenaka di mana perkataan itu digunakan. Saya tidak pula meminta anda menghafal teks lawak itu sekali, bukan apa, nanti ada orang kata hafal hadis Nabi lagi berfaedah! Memang betul pun..
b. Sentiasa dengar CD audio yang disertakan bersama buku ini agar sebutan anda itu tepat. Kalau CD itu sudah hancur dek selalu guna, sila muat turun audio mp3 di blog saya dan masukkan ia ke dalam handphon anda yang canggih itu.. biar handpon tu pandai bahasa arab sekali!
http://www.wanrusli.net/
suara :
Belajar Bahasa Arab Sambil Senyum
Belajar Bahasa Arab Sambil Ketawa
Kamus Mudah Al-Majeed Untuk Perbuatan
Tajuk : Kamus Mudah Al-Majeed Untuk PerbuatanPenulis : Abdullah Mohamed
ISBN : 983-3404-902
M/S : 129 m.s
Harga : RM 12.00
Keterangan Buku :
Kamus Mudah Al-Majeed ini diterbit adalah untuk menarik dan memudahkan kanak-kanak untuk belajar bahasa arab. Kamus ini adalah Siri 1 dari 3 siri yang akan diterbitkan. Ayat-ayat yang dibuat adalah ringkas dan mudah untuk digunakan dan kebanyakkannya adalah dari perbuatan seharian keluarga. Setiap ayat mempunyai gambar bagi setiap perkataan utama dan mempuyai ayat bahasa arab, dan diterjemahkan ke dalam rumi dan tulisan jawi. Selain belajar bahasa arab,boleh juga untuk belajar membaca tulisan jawi.
Belajar Bahasa Arab Sambil Senyum
Kamus Mudah Al-Majeed Untuk Perbuatan
Kamus Mudah Al-Majeed Untuk Keluarga
Panduan Bahasa Arab Dialek Saudi Arabia Bagi Bukan Arab
Cara Mudah Mempelajari Bahasa Arab
Kemahiran Berbahasa Arab, Inggeris dan Melayu
Kamus Al-Majid
Pengajaran Bahasa Arab Menerusi Al-Quran
Kamus Bahasa Arab Komunikasi KBSR Arab-Melayu
