Bahaya Lidah!!
sumber gambar dari Internet www.islamiclife.com
Hendaklah anda selalu menjaga lidah daripada semua percakapan, kecuali yang nampak jelas kemaslahatannya. Ruang lingkup jangkauan lidah demikian luas sehinggakan tiada cara untuk menariknya kembali apabila telah terlepas. Barang siapa mudah melepas lidah sewenang-wenangnya tanpa kawalan dan meremehkannya, maka lidah akan menjadi tempat lalu lalang syaitan dalam segala keadaan. Syaitan kemudiannya mengiringinya ke tepi jurang yang curam dan mendorongnya hingga terperosok ke dalam kehancuran. manusia akan tersungkur di dalam neraka dan tiada yang menyertainya selain akibat daripada lidahnya sendiri.
Seringkali manusia menganggap ringan dan tidak menjaga dirinya dengan sebaik-baiknya daripada bahaya cacat kelemahan lidah dan akibat buruknya, padahal lidah itu sesungguhnya adalah alat yang selalu digunakan oleh syaitan untuk merosakkan dan menjerumuskan manusia.
Rasulullah SAW sangat menginginkan umatnya menjaga lidah dan jangan sampai melepaskannya sesuka hati. hal itu terdapat dalam banyak hadith, antaranya ialah :
1. "Barang siapa yang menjamin (berjanji) kepadaku ia akan sentiasa menjaga apa yang berada dia antara kedua janggutnya (mulut) dan apa yang berada dia antara kedua kakinya (alat seksual), Allah menjanjikan syurga baginya."
Riwayat oleh Bukhari (XI/314) & Tirmidhi (2408)
2. "Seorang bertanya kepada Rasulullah SAW tentang apa yang banyak memasukkan manusia ke dalam syurga? Baginda menjawab : 'Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.' baginda juga ditanya tentang apa yang banyak memasukkan manusia ke dalam neraka? baginda menjawab : 'Mulut dan faraj (alat kelamin)."
Fathul Bari XI/316
3. Sufyan bin 'Abdullah Ats-Tsaqafiy mengatakan bahawasanya dirinya pernah berkata kepada Nabi SAW
"Ya Rasulullah, katakanlah kepadaku sesuatu yang dapat aku pegang teguh!" baginda menjawab, "Ucapkanlah 'Allah Tuhanku' kemudian beristiqamahlah. Aku (Sufyan) lalu bertanya, apa yang paling anda khuatirkan pada diri saya?" baginda menjawab sambil memperlihatkan lidahnya : 'Ini!' Tarmidhi (2410) dan Ibnu Majah (3972)
4. Hadith berasal daripada 'Uqbah bin 'Amir RA mengatakan bahawa dirinya pernah bertanya kepada Rasulullah SAW :
"Ya Rasulullah, bagaimana supaya selamat? (terhindar daripada azab). baginda menjawab :'Engkau harus dapat menahan lidah, melapangkan keluargamu dan menangisi kesalahnmu!'.
Tarmidhi (2406). Hadith Sahih.lihat "Al-Jamai"(1392)
5. Abdullah (bin Umar bin Abdullah (bin Umar bin Al-Khatab) RA setelah bertalbiyah di Shafa, ia lalu berucap : 'hai lidah, berbicaralah yang baik-baik, engkau pasti beruntung. Bila diam engkau selamat sebelum menyesal'. Sahabat-sahabatnya bertanya : 'Hai Abdullah, yang engkau ucapkan itu kata-katamu sendiri ataukah orang lain?'. Abdullah menyahut :'Aku mendengar Rasulullah SAW berkata : 'Sebahagian besar kesalahan anak Adam terletak pada lidahnya'.
Diriwayatkan oleh Tirmidzi (2410), Ibnu Majah (3972), Al-Hakim (IV/313) dan dipandang Hadith Sahih serta disetujui oleh Adz-Dzahabiy.
6. " Orang Muslim ialah yang tidak menganggu kaum Muslimin dengan lidah dan tangannya (perbuatannya), dan orang muhajir ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah."
Diriwayatkan oleh Tirmidzi (I29,XI/323), An-Nasa'iy (IX/105) dan Imam Ahmad (1632, 205 dan 206)
7. 'Bahawa Umar RA pernah melihat Abu Bakar As-Siddiq RA sedang menjulurkan lidahnya. Ia bertanya : Hai Khalifatu Rasulullah, apa yang sedang anda lakukan?' Abu Bakar ra menjawab 'Tidak satu pun daripada bahagian tubuh (jasad) yang tidak akan mengadu kepada Allah "Azza wa Jalla mengenai ketajaman lidahnya.'
Diriwayatkan oleh Abu Ya'ala (I/51), Ibnus-Sunniy (Saniy) dalam 'Amalul-Yaum Wal-Lailah' (7) sebagai hadith sahih.
8. Hadith daripada Abdullah bin Mas'ud mengatakan "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW :
"Ya Rasulullah, amal perbuatan apakah yang paling afdal?" Baginda menjawab : "Solat pada waktunya". Aku bertanya lagi : "Apa lagi ya Rasulullah?" Baginda menjawab : "Membuat orang lain selamat daripada gangguan lidahmu!"
Al-Mundziriy di dalam "At-Targhib" (III/523)
9. "Bahagialah orang yang dapat menahan lidahnya, melonggarkan (melapangkan) keluarganya dan menangisi kesalahannya." Hadith hasan diriwayatkan oleh Ahmad (III/71) dan Ibnu Habban (2625)
10. "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir, hendaklah ia berbicaraa yang baik-baik atau diamlah. Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah ia menghormati tetangganya. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir hendaklah ia menghormati tetamunya."
Diriwayatkan oleh Bukhari (X/461,548 dan XI/314); oleh Muslim (I/49), oleh Abu Dawud (5154) dan oleh Tirmidzi (2500)
11. Al-Barra bin 'Azib RA mengatakan :
"Seorang Arab Badawi datang kepada Rasulullah SAW kemudian berkata: Ya Rasulullah, beritahulah aku amal perbuatan yang dapat memeasukkan diriku ke dalam syurga." baginda menjawab : "Apabila engkau memendekkan khutbah (mengurangkan pembicaraan) itu bererti engkau berusaha mendapatkan keinginanmu. Bebaskanlah manusia dan merdekakanlah budak."Orang Badawi itu bertanya : "Ya Rasulullah, apakah kedua-dua hal itu tidak sama?" Baginda menjawab : Tidak, membebaskan manusia ialah jika engkau membebaskannya sendiri, engkau memerdekakan budak ialah jika engkau membantu atau memerdekakannya : gemar menolong dan menyantuni orang dan mengharuskan kerabat yang zalim kembali kepada perintah Allah. Jika engkau tidak mampu berbuat itu, maka berilah makan orang yang kelaparan, berilah minum orang yang kehausan dan suruhlah orang berbuat kebajikan dan cegahlah kemungkaran. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka kekanglah (menahanlah) lidahmu kecuali dalam hal membicarakan hal-hal yang baik."
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad (IV/299), oleh Ibnu Habban (1209), oleh Al-Hakim (II/217) dan dipandang sebagai Hadith sahih serta disetujui oleh Adz-Dzahabiy.
Sepatah kata yang terlontar daripada hujung lidah boleh membuat orang menjadi kafir setelah beriman.
Petikan buku 'Adab Manusia Dalam Menjaga Lidah'
Comments
Post a Comment