Akhlak Rasulullah SAW Menurut Hadis Al-Bukahri & Muslim

Tajuk : Akhlak Rasulullah SAW Menurut Hadis Al-Bukhari & Muslim
Penulis : 'Abd Al-Munim Al-Hasyimi
ISBN : 967-5407-390
M/S : 478 m.s
Harga : RM 45.00
Keterangan Buku :
Asal buku ini ialah dari kitab arab yang diterjemahkan iaitu kitab Akhlaq al-Nabi fi Sahih al-Bukhari wa Muslim. Segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Selawat dan salam pengagungan semoga selalu dilimpahkan kepada Baginda Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW dianugerahi Allah kebolehan mengungkapkan kata-kata yang ringkas tetapi mengandungi makna yang luas (Jawami' al-kalim). Antara nasihat Baginda yang paling berharga adalah anjuran untuk menghias diri dengan akhlak yang mulia. Nabi tidak hanya menganjurkan dengan kata-kata, tetapi Baginda terlebih dahulu mempraktikkannya dengan sempurna, sehingga Baginda benar-benar menjadi teladan yang tiada bandingannya.
Dalam buku ini, penulis berusaha menjelaskan beberapa akhlak mulia yang dipraktikkan oleh Nabi SAW dan juga menyebutkan sabda-sabda mulianya dengan harapan supaya kita (yang mengaku sebagai umatnya) dapat memperbaiki diri daripada kesalahan-kesalahan dengan mengikuti teladan kehidupan Baginda. Antara akhlak mulia yang dimiliki Rasulullah SAW adalah bertolak ansur, suka memaafkan, adil, rendah hati dan penuh kasih sayang. Banyak lagi sifat-sifat mulia Baginda yang tidak dapat disebutkan satu persatu di sini. Perkataan yang selayaknya untuk menggambarkan akhlak-akhlak Baginda adalah akhlak al-Quran. Semoga kita semua dapat mengikuti jejak langkah Baginda dan mencintai akhlak-akhlak yang dipraktikkannya.

Petikan buku : 1. Kisah Nabi SAW dengan Nu'aiman dan Adab-Adab Baginda Dalam Bergurau Senda

Comments

Post a Comment

Popular Posts