Pandai Menyimpan Rahsia Antara Faktor-Faktor Kejayaan Penaklukan Mekah oleh kaum Muslimin pimpinan Rasulullah SAW
1. Kota Mekah jatuh ke tangan kaum Muslimin berkat kesanggupan mereka menjaga rahsia seketat-ketatnya. Rasulullah SAW mengeluarkan perintah supaya kaum Muslimin bersiap sedia. Utusan telah dikirim kepada berbagai-bagai kabilah dengan perintah supaya mereka bersedia menunggu perintah. Ke mana?Tidak ada yang mengetahui maksud dan tujuannya. Rahsia mengenai rancangan penyerbuan ke Mekah dirahsiakan hingga orang yang terdekat dengan baginda pun tidak mengetahui. Bahkan baginda sendiri melakukan taktik sulit,iaitu dengan mengirimkan ekspedisi di bawah pimpinan seorang Ansar,Qatadah ke kawasan Dzu Adzam untuk lebih mengetahui keadaan sebenarnya.
Ketika itu Abu Bakar As-Siddiq r.a melihat puterinya, Aisyah r.a sedang berkemas-kemas menyediakan persiapan yang hendak dibawa oleh Rasulullah SAW. Ia bertanya :"Anakku,apakah Rasulullah SAW menyuruhmu menyediakan semuanya itu?."Puterinya menjawab : Ya,ayah pun hendaknya bersiap-siap."Tahukah engkau ke mana baginda pergi?"'tanya Abu Bakar. Siti Aisyah menjawab: "Demi Allah,aku tidak tahu."
2. Setelah hampir waktu untuk berangkat ke Mekah,barulah Rasulullah SAW memberitahu para sahabatnya,bahawa baginda hendak berangkat ke Mekah membawa pasukannya.Pada waktu itu juga baginda menghantar anggota perisik untuk memastikan berita tentang keberangkatannya ke Mekah itu diketahui oleh kaum Musyrikin Quraisy.
3. Di tengah perisapan berangkat ke Mekah itu,Hathib bin Abi Baltha'ah telah mengirim surat melalui seorang perempuan kepada keluarganya di Mekah memberitahu rancangan serangan kaum Muslimin ke kota itu.Perbuatan Hathib itu diketahui oleh Rasulullah SAW.Baginda serta merta menyuruh Ali bin Abi Thalib r.a supaya mengejar perempuan tersebut dan merampas surat yang dibawanya untuk diserahkan kepada baginda.Setelah baginda mengetahui isi surat itu,baginda memanggil Hathib dan ditanya tujuan sebenarnya pengiriman surat tersebut.Setelah dilakukan pemeriksaan rapi terbukti perbuatan Hathib itu semata-mata didorongkan oleh kelemahan peribadinya (berbagai sumber riwayat menjelaskan bahawa Hathib bin Balta'ah meninggalkan anak isteri di Mekah tanpa mempunyai kerabat yang melindungi keselamatannya.Ia khuatir jika serbuan ke Mekah akan mendatangkan akibat buruk bagi keluargannya).Oleh itu baginda melarang Umar Ibnu Khattab dari bertindak keras terhadapnya,memandangkan jasa-jasanya pada masa lalu (Hathib bin Balta'ah adalah seorang ahlul-Badar,iaitu salah seorang sahabat Nabi SAW yang diketahui turut serta dalam perang Badar melawan kaum musyrikin Quraisy.Sebagaimana yang diketahui oleh para ahlul-Badar mendapat perhargaan khusus dari Rasulullah SAW).
Demikianlah tingginya kewaspadaan dan perancangan Rasulullah SAW serta begitu ketat baginda menjaga rahsia. Begitu juga dengan perhatian yang diberi pada sahabat mengenai peristiwa itu hingga Umar r.a sendiri berniat memancung kepala Hathib kerana dituduh membocor rahsia umat.
4. Ketika itu kaum Musyrikin Mekah memang sudah menduga,bahawa lambat atau cepat kaum Muslimin pasti menyerang Mekah,tetapi mereka tidak tahu waktu dan cara penyerangan itu akan dilakukan.Sehingga ketika keberangkatan pasukan Muslimin dari Madinah,kaum Musyirikin Quraisy di Mekah masih belum mengetahui waktu penyerangan itu akan dilakukan.Semuanya berkat kesungguhan kaum Muslimin yang sangat berhati-hati menjaga rahsia.
Kurniaan Khusus
Hudzaifah bin al-Yaman seorang yang menerima penganugerahan khsusu dari Allah SWT berupa keperibadian yang tinggi dan kesanggupan mengambil keputusan yang tepat dan cepat.Sebab itulah ia menjadi seorang yang dipercayai (setiausaha) Rasulullah SAW semasa hidupnya.Ia tidak pernah membocorkan rahsia kepada sesiapa pun dan dia juga merupakan salah seorang yang dipercayai.
Hudzaifah dan kaum Muslimin lainnya yang mendapat kurniaan Allah menganggap tugas menjaga rahsia sebagai kewajipan agama.Seperti yang diketahui,dalam sebuah hadis Rasulullah SAW menyatakan:
Mereka melaksanakannya dengan sebenarnya seperti mana yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW:
Dalam hadis yang lain baginda SAW juga telah menegaskan :
Imam Ali bin Ali Thalib r.a juga menyatakan :
Umar bin Abdul Azizi r.a mengatakan :
Petikan buku 'Ciri-Ciri Masyarakat Islam'.
Pengarang : Ustaz Haji Taib Azamuddin Md. Taib & Ustazah Ngah Puteh Abdul Shukor

"Antara kecantikan Islam seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak memberi faedah kepadanya".
Mereka melaksanakannya dengan sebenarnya seperti mana yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia bercakap tentang kebaikan atau berdiam diri".
Dalam hadis yang lain baginda SAW juga telah menegaskan :
"Allah merahmati seorang hamba yang bercakap mengenai kebaikan ia beruntung atau diam ia selamat".
Imam Ali bin Ali Thalib r.a juga menyatakan :
"Rahsiamu adalah tawananmu,apabila engkau membocorkannya,engkaulah yang akan menjadi tawanannya".
Umar bin Abdul Azizi r.a mengatakan :
"Hati ialah wadah rahsia,bibir ialah mangganya dan lidah adalah kuncinya.Oleh itu hendaklah seseorang menjaga sebaik-baik kunci rahsianya".
Petikan buku 'Ciri-Ciri Masyarakat Islam'.
Pengarang : Ustaz Haji Taib Azamuddin Md. Taib & Ustazah Ngah Puteh Abdul Shukor
Comments
Post a Comment