Penukaran Kulit Buku

Beberapa buah buku kami telah ditukar kulit bukunya. Untuk mengelakkan anda rasa keliru kami berikan tajuk-tajuk buku yang terlibat. Biasanya tidak terdapat banyak perubahan yang berlaku untuk isi kandungannya, oleh itu kami berharap kepada pembeli buku edisi lama supaya tidak bimbang dengan perubahan ini. Terdapat beberapa sebab utama penukaran kulit buku ini dilakukan antaranya ialah :

1. Mengelakkan dari dicetak rompak supaya lanun cetak rompak tidak dapat mengikut rentak perubahan buku tersebut.

2. Memberi penampilan baru yang lebih terkini, kerana trend semasa yang lebih sukakan design yang ceria.

3. Edisi terkini cetakan terbaru. Penambahan isi kandungan atau perubahan harga.

Comments

Popular Posts