Teknik Penyelesaian Pusaka


Tajuk : Teknik Penyelesaian Pusaka
Penulis : Dr Salleh Ismail Yusuf Al-Muti'e
ISBN : 983-3404-520
M/S : 150 m.s
Harga : RM 19.00
Keterangan Buku :
Sesungguhnya buku ini disediakan adalah bertujuan menyahut seruan Rasulullah SAW yang telah menyuruh kita mempelajari ilmu faraid dan menyuruh kita mengajar orang lain kerana ia suatu ilmu yang paling awal dilupai. Sabda Rasulullah SAW bermaksud "Pelajarilah ilmu faraid dan ajarilah ia kepada manusia. Sesungguhnya ia adalah separuh daripada ilmu dan ia akan dilupai. Ia merupakan ilmu yang paling awal akan dicabut dari umatku".
Buku ini bukan sahaja menyentuh tajuk-tajuk asas berhubung dengan faraid tetapi lebih jauh dari itu, ia memperkenalkan kaedah penyelesaian bagi isu-isu tertentu, seperti bagaimana cara menyelesaikan pusaka 'orang yang hilang', 'orang yang mati mengejut dalam satu kumpulan', 'pusaka bagi anak di dalam kandungan', 'pusaka bagi golongan khunta', 'orang yang mati kerana nahas terbakar', 'orang yang mati lemas', cara penyelesaian bagi pusaka bertindih dan lain-lain.
Buku ini disampaikan dalam bahasa yang mudah difahami serta menggunakan teknik penyelesaian yang menarik, terkini dan tersendiri. Ia memenuhi teknik pembelajaran yang diperlukan bagi golongan pelajar dan orang-orang awam serta tidak menjemukan.

Buku Lain Penulis Ini :
Ilmu Faraid Al-Maisar (Arab)

Comments

Post a Comment

Popular Posts