Belajar Bahasa Arab Sambil Ketawa (CD Disertakan)

Tajuk : Belajar Bahasa Arab Sambil Ketawa (CD Disertakan)
Penulis : Wan Rusli Wan Ahmad
ISBN : 983-3404-865
M/S : 157 m.s
Harga : RM 22.00

Keterangan Buku :
Ini adalah siri pertama Siri Belajar Bahasa Arab Untuk Yang Tidak Minat Bahasa Arab. Buku ini disusun khas bagi mengajar kosakata (vocabulary) Bahasa Arab secara santai dan bersahaja. Ia mengandungi 150 mukasurat tidak termasuk helaian yang mengandungi lebih 40 lukiran kartun bagi menyokong teks. Buku ini juga mengandungi lebih 100 buah lawak jenaka Arab yang disesuaikan bahasanya untuk pembelajaran bahasa Arab bagi peringkat permulaan.

Pembaca diberi panduan penuh dalam menggunakan buku ini dari muka pertama sehingga muka terakhir. Cara sebutan satu-satu perkataan dan keterangan ringkas struktur nahu juga diberikan tanpa membebankan pembaca. Pembaca juga dibekalkan dengan CD suara perbualan yang berlaku beserta dengan kesan bunyi khas.

Setelah menamatkan buku ini, pembaca akan dapat menguasai lebih kurang 800 perkataan tidak termasuk yang berulang. Semua perkataan yang tersebut dianggap perkataan asas bahasa Arab. Anda pasti akan tersenyum sendirian atau ketawa terbahak-bahak membaca setiap jenaka yang dipaparkan sebagai teks. Bagi memastikan anda memahami apa yang anda baca, desediakan juga ujian memahami teks. Tanpa disedari anda sebenarnya mempelajari banyak perkara tentang bahasa Arab ini.

Contoh 1


Contoh 2
Macam mana nak guna buku ini?

Pusingan pertama :
a. Hafal 5 patah perkataan berwarna dari setiap jenaka.
b. Abaikan perkataan tidak berwarna.
c. 500 jumlah kosa kata yang anda akan perolehi jika proses ini dilakukan hingga ke akhir.

Pusingan Kedua :
a. Mengingati Pelajaran yang tidak diwarnakan setelah khatam pusingan pertama
b. Gariskan perkataan yang anda tidak tahu, rujuk dari terjemahan teks atau kamus mini di halaman akhir buku.

Petua Mudah Ingat dari Penulis
a. Semasa mengingati satu-satu perkataan, bayangkan suasana jenaka di mana perkataan itu digunakan. Saya tidak pula meminta anda menghafal teks lawak itu sekali, bukan apa, nanti ada orang kata hafal hadis Nabi lagi berfaedah! Memang betul pun..
b. Sentiasa dengar CD audio yang disertakan bersama buku ini agar sebutan anda itu tepat. Kalau CD itu sudah hancur dek selalu guna, sila muat turun audio mp3 di blog saya dan masukkan ia ke dalam handphon anda yang canggih itu.. biar handpon tu pandai bahasa arab sekali!
http://www.wanrusli.net/

Buku Lain Oleh Penulis
Belajar Bahasa Arab Sambil Senyum
Bahasa Arab Untuk Kanak-Kanak Kita

Comments

Post a Comment

Popular Posts