7 Perkara Yang Membinasakan Umat Islam

Tajuk : 7 Perkara Yang Membinasakan Umat Islam
Penulis : Haji Zakaria Haji Omar
ISBN : 983-3404-667
M/S : 59 m.s
Harga : RM 8.00
Keterangan Buku :
Daripada Abu Hurairah, baginda Rasulullah SAW telah bersabda : 'Jauhkanlah olehmu tujuh perkara yang membinasakan'. Tanya mereka (sahabat-sahabat):"Wahai Rasullullah SAW, apakah perkara itu?"
Jawab Rasulullah SAW menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa kecuali dengan hak, makan riba, makan harta anak yatim, berpaling lari dari medan peperangan yang sedang rancak dan menuduh isteri mukminah yang memelihara diri lagi lalai kepada maksiat.
Tujuh perkara yang membinasakan manusia ialah perkara yang menyebabkan seseorang itu berdosa besar dan akan mendapat seksaan Allah. Bilangan tujuh perkara itu bukanlah bermaksud bahawa hanya itulah sahaja dosa besar bahkan ada banyak lagi sebenarnya. Selain dari itu antaranya ialah berzina, minum arak dan lain-lain lagi. Di dalam kitab Kabair dinyatakan bahawa ada 70 Dosa besar. Walau bagaimanapun, ikutilah huraian dan perbincangan tentang tujuh perkara yang dinyatakan dalam hadis ini.

Buku Lain Oleh Penulis
Ayat Ahkam (Ayat-Ayat Hukum)
Hadis Ahkam (Hadis-Hadis Hukum)
Pedoman Hidup Muslim
7 Golongan Di Bawah Lindungan Allah di Hari Akhirat

Comments

Post a Comment

Popular Posts