Mabrurkah Hajiku Ini?

Tajuk : Mabrurkah Hajiku Ini?
Penulis : Ustaz Dato' Md Daud Che Ngah
ISBN : 983-2060346
M/S : 110 m.s
Harga : RM 10.00
Keterangan Buku :
Buku ini adalah catatan yang lengkap hasil dari pengalaman penulis dalam bidang ini. Bersimpang -siur dengan hukum-hakam dalam menghadapi jemaah yang membawa kemusykilan demi kemuskyilan ketika menunaikan ibadat haji selama 20 tahun. Hasil dari penyelidikan, penelitian, ulangan kemusykilan dan kajian dalam muzakarah ibadat Haji Kebangsaan, maka penulis menyusun buku ini untuk manfaat seluruh umat Islam. Sudah menjadi lumrah bagi umat Islam di Malaysia yang pergi menunaikan haji secara tergesa-gesa tanpa ilmu yang mantap.
Mereka terdiri daripada orang yang pertama kali pergi menunaikan ibadat haji. Terlalu banyak kesilapan yang dilakukan oleh kebanyakkan jemaah haji setiap tahun. Kesalahan dan kesilapan ini disedari apabila kembali ke tanah air. Hal ini akan meresahkan mereka sendiri kerana sebarang pembaikan tidak boleh di lakukan di tanah air. Maka mereka tertanya-tanya, mabrurkah hajiku ini. Banyak contoh-contoh mengenai salah laku jemaah haji untuk menjadi renungan kita apalagi jika kurang ilmu dan kefahaman mengenai ibadat haji. Buku ini merupakan Siri Pertama lanjutan dari buku siri kedua 'Doa dan Bacaan Mengerjakan Umrah' dan siri Ketiga 'Doa dan Bacaan Mengerjakan Haji'.

Buku lain oleh Penulis
Doa dan Bacaan Mengerjakan Haji
Doa dan Bacaan Mengerjakan Umrah
Kursus Kesempurnaan Ibadat Haji & Umrah

Comments

Post a Comment

Popular Posts