Kutipan Deposit oleh Pengedar

1. Pustaka mempunyai Pengedar dan pelanggan dari serata Malaysia termasuk Sabah, Sarawak termasuk juga Singapura. Sebagai penerbit kami memang mengharapkan buku kami dapat di jual dan diedarkan ke seluruh Malaysia. Oleh itu kami menjual buku kami tanpa prejudis kepada setiap pelanggan kami untuk memastikan ilmu pengetahuan dapat disebarkan. Namun begitu terdapat segelintir individu yang cuba melakukan penipuan kepada orang ramai dengan menggunakan buku-buku yang terlaris di pasaran sebagai umpan untuk menarik minat pembeli dengan menawarkan diskaun dan meminta wang pendahuluan (deposit) dari pengguna.
2. Perkara ini kerap terjadi kepada banyak penerbit buku yang menerima aduan mengenai jurujual yang tidak memberikan buku setelah membayar wang deposit pada masa yang dijanjikan. Sebenarnya perkara ini dapat dielakkan jika pengguna dapat menggunakan kebijaksanaan anda untuk urusniaga tersebut. Untuk makluman setiap negeri hanya terdapat beberapa pengedar/ejen/jurujual sahaja. Sila rujuk di Senarai Pengedar untuk senarai pengedar Pustaka. Biasanya setiap pengedar negeri akan menjual dan mengedarkan buku tersebut ke seluruh negeri tersebut termasuk di gerai, tapak berniaga, individu dan lain-lain lagi.
3 Adalah sukar bagi pihak Penerbit untuk mengesan individu yang terbabit tanpa maklumat yang lengkap dari pembeli. Jika anda membuat bayaran kepada individu yang mengaku jurujual/pengedar, adalah perlu untuk anda mendapatkan invois atau resit yang tertera:
  • Nama syarikat atau individu terbabit
  • Alamat Syarikat/Individu
  • Nombor telefon yang boleh dihubungi
  • Judul Buku dan Harga
4. Adalah penting untuk anda memeriksa harga buku yang dijual sama atau kurang dari harga yang dicetak di buku. Jika jurujual/pengedar menjual lebih dari yang dicetak itu adalah budi bicara anda untuk menentukannya. Jika anda ingin berurusniaga dengan pengedar dan jurujual kami, langkah yang sama juga perlu diambil untuk menguruskan urusniaga anda.

Kami tidak bertanggungjawab atas segala kerugian yang berlaku di pihak anda. Pustaka hanya akan membantu untuk mengesan individu yang terbabit, jika anda curiga dengan jurujual/pengedar yang berurusan, anda boleh menghubungi kami untuk mendapat kepastian.

Comments

  1. Good Kitchen Sink Taps valve switch freely, while the use of Cheap Taps is not too loose or too tight; handle position, shape to be convenient to open and Waterfall Taps, that the use of the back can easily operate.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts