AWAS CETAK ROMPAK!!

1. Awas!! Buku yang anda beli mungkin adalah cetak rompak. Barang cetak rompak atau pun barang peniruan merupakan barang yang dihasilkan semula dan serupa dengan barang asli. Barang cetak rompak adalah berbeza dari barang peniruan dari segi niat menipu pembeli. Barang penipuan adalah barang yang dijual dengan pembeli dikelirukan agar percaya bahawa barang dibeli adalah asli. Manakala, barang cetak rompak adalah barang yang dijual dengan pembeli mengetahui bahawa ia bukan barang yang asli.

2. Jika dahulu masalah cetak rompak banyak berlaku kepada cakera padat (CD) seperti Cd bacaan ayat-ayat Al-Quran, lagu juga termasuk perisian komputer. Kini buku juga telah dicetak rompak. Walaupun perkara ini sudah lama berlaku, tetapi ianya tidak serius dan ramai yang tidak menyedarinya. Terdapat pelbagai cara dimana hasil karya dirompak atau disalin tanpa kebenaran pemilik hakcipta. Penyalinan tersebut dibuat dengan cara :

  1. Menerbitkan semula sebahagian atau kesemua hasil karya.
  2. Membuat salinan kepada pelbagai bentuk sama ada cara mengambil gambar, membuat salinan secara elektronik atau komputer, fotostat, rakaman video, rakaman suara, menaip semula atau diubah kepada PDF.
  3. Menyalin kandungan bahan dan dijual semula dengan tajuk yang berbeza.
  4. Mengeluarkan bahan atau perkakas yang menggunakan idea yang sama, dimana idea tersebut telah dihakcipta.

3. Banyak Penerbit yang terpaksa menghentikan pengeluaran dan penjualan kerana masalah kekurangan jualan dan permintaan di pasaran. Jika masalah ini berterusan tidak mustahil akan banyak penerbit yang akan gulung tikar dan seterusnya akan kurang penerbitan buku-buku ilmiah di pasaran sekaligus menyebabkan masyarakat menjadi semkin mundur.

4. Untuk itu kami mengharap bantuan dan keprihatinan anda untuk membantu kami mengesan dan menyekat jualan buku ini di pasaran. Untuk memastikan anda mendapat buku yang asli, terdapat beberapa perbezaan ciri di antara buku asli dengan buku cetak rompak telah dikenalpasti. Perbezaan tersebut adalah :

  1. Kualiti gambar pada kulit hadapan tidak memuaskan contohnya kabur, tidak jelas dan pecah
  2. Untuk isi kandungan juga adalah sama seperti di atas, tulisannya pecah dan kabur.
  3. Logo Pustaka Haji Abdul Majid pada buku tidak jelas, kabur dan pecah.

Oleh itu kami sangat mengharapkan anda mendapat buku yang asli bagi menjamin kepuasan anda dan tidak merugikan anda. Jika anda ragu-ragu mengenai keaslian buku tersebut anda boleh menghubungi pihak kami. Buku cetak rompak tidak boleh ditukar jika terdapat sebarang kerosakan.Walau bagaimanapun jika anda terbeli buku cetak rompak tanpa disedari,kami halalkan untuk bacaan dan amalan anda semua.

Perhatian :

Kami sentiasa menukarkan design dan warna kulit buku kami sebagai cara untuk mengatasi masalah ini. Oleh ini jika anda terkeliru tentang perkara ini, kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan. Walaupun design kulit berbeza tapi isi kandungan tidak berubah. Harap Maklum.

Comments

Popular Posts